Thursday, June 25, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Baru-baru ini tersebar luas tentang kemungkinan wujudnya Kerajaan Perpaduan di Malaysia (Negara kita yang tercinta ini ) pada pandangan saya,memang tepat pada masa ini diwujudkan Kerajaan Perpaduan ini,kalau kita tengok pada jangka masa panjang ianya memberi kebaikan kepada Rakyat keseluruhannya,cadangan Presiden PAS-Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pandangan seorang yang warak dan sudah masak dengan sepak terajang dalam Politik,sebagai orang muda saya amat tertarik dan percaya ramai diluar sanapun teruja dengan pandangan seorang tokoh Politik Veteren ini,apa tidaknya contohnya Barisan Nasional dengan Komponennya dan Parti-parti seperti PAS,Keadilan dan DAP bergabung mentadbir negara ini,melalui Kerajaan Perpaduan,tiada siapa yang rugi atau terlebih untung,hanya semua Rakyat di negara ini merasai kenikmatan dan kemakmuran dari idea ini,saya memberi pandangan sekiranya perkara ini akan tercapai atas keredaan Allah semata-mata,saya dapat memikirkan bahawa isu-isu seperti perebutan dalam kepimpinan di kawasan seperti ADUN dan Parlimen tidak wujud lagi,bayangkan pada masa itu siapa yang mahu menjadi YB adalah dipilih secara telus iaitu dimana pencalonan dibuat melalui perlawanan antara ahli-ahlinya Parti itu sahaja dimana tidak melibatkan Parti lawan,waktu itu rakyat membetulkan kepimpinan melalui undian sahaja,disamping itu seseorang YB juga akan diberi tempoh hanya 2 Penggal untuk menjadi YB,ini akan memberi peluang luas kepada ramai Pemimpin yang berpotensi,secara tidak langsung akan membawa kebaikan kepada negara ini,akhirnya perkara-perkara seperti rasuah,salahguna kuasa,ketidakseimbangan Pentadbiran akan terus terhakis dari negara ini dan ini akan memberi peluang negara kita terus unggul wujud dengan konsep Kerajaan Perpaduan yang "Hebat,Unggul dan Terbilang" sesuai dengan gagasan 1 Malaysia.

Wednesday, May 27, 2009

1 Malaysia dari Kacamata Sana-sini

1 Malaysia adalah konsep yang terbaik untuk negara kita,saya percaya setelah PM kita menyubuk semua perkara dan peristiwa di negara ini,beliau bertekad untuk merealisasikan satu Malaysia demi menjamin keutuhan negara kita,pada pandangan saya 1 Malaysia perlu mempastikan bahawa pelbagai bentuk birokarasi yang sering disebut-sebut oleh pihak tertentu dipulihkan agar suara sumbang tersebut tidak menyentuh perasaan dan sentimen pihak-pihak yang terlibat,1 Malaysia adalah revolosi memantapkan negara dari sebarang kepincangan dan kemusnahan,sekiranya terdapat kesulitan dari mana-mana negeri samada di Semananjung atau Sabah dan Sarawak maka 1 Malaysia tidak berjaya,PM perlu mempastikan bahawa 1 Malaysia itu tidak menjadi senjata kepada pihak tertentu menghentam balik Kerajaan kerana terdapat kepincangan yang remeh-temeh,bagi saya PM telah berada dalam gelenggang dimana ada pihak tertentu mahu bertarung merebut konsep 1 Malaysia ini,1 Malaysia umpama Piala yang perlu direbut oleh pihak tertentu untuk memenangi hati rakyat,ianya seperti siapa yang membuat tawaran yang hebat pasti ada yang mendukungnya,kata orang dimana ada gula disana ada semut.....saya berharap PM akan mempastikan 1 Malaysia ini pilihan rakyat yang tepat,utuh dan mantap sebagai penjenamaan Malaysia yang terunggul.

Tuesday, April 7, 2009

DEMOKRASI HIDUP DI MALAYSIA
Ternyata Negara kita yang mengamalkan Pemerintahan Demokrasi Berperlembagaan di negara ini terjamin dan hidup- Pilihanraya di satu Parlimen dan Dua DUN telah membuktikan bahawa demokrasi itu segar dan hidup -walaupun Pemerintah BN telah tewas di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Kuala Sepetang tetapi teguh di Batang Air-sebelum pilihanraya kecil ini berakhir ada seorang Pangalipur Lara berkongsi pendapat-beliau menyatakan bahawa PAS menang di Bukit Gantang dan PKR di Kuala Sepetang-aduh di Batang Air-PAS + PKR = BN -saya menyoal kenapa begitu-beliau menjelaskan bahawa di Kuala Sepetang tempat berceramah di Bukit Gantang tempat Betapa-BN tak boleh buat macam PKR + PAS buat-tetapi di Batang Air siapa kuat minum air, mandi air dan buang air dia yang menang-mahu tidak mahu itu hanya satu cerita panglipur Lara semata-mata- Saya bangga dengan demokrasi di negara kita,pilihanraya yang telah berlalu jangan difikirkan lagi-BN perlu bangun dari segala masalah yang terjadi-PM Datuk Najib perlu bangkit dan terus bekerja kuat untuk tawan hati rakyat di Kawasan yang terwas-tetapi jangan lupa Sarawak dan Sabah perlu dibangun kerana nampaknya Sabah dan Sarawak menjadi penyelamat BN-kata orang tua-tua siapa bekerja kuat dia dapat hasilnya,oleh itu diharap BN perlu banyak memberi peluang kepada Bumiputera Sabah/Sarawak untuk menduduki pelbagai peluang dalam Perkhidmatan dan juga kemajuan dalam Pembangunan-dari segi Pembangunan jelas dua buah negeri ini masih ketinggalan dari segi pembangunan tetapi tatap setia kepada BN-hingga ramai rakyat mengatakan jangan sokong BN kerana Semananjung sahaja yang dibangunkan tengok kita masih begini-kita tatap penoreh getah,penombak kelapa sawit-tegok diorg semua pegang jawatan penting dan besar-besar,tengok anak saya 3 tahun tak dapat kerja lepasan UM dan ada anak lain dari UMS,UITM,UUM dan lain-lain Universiti yang diperakukan oleh Kerajaan-apa BN buat-nah harap BN perlu ambil perhatian dalam hal ini-kerana kalau hal ini berlanjutan percayalah bahawa BN akan pupus dan pecah kerana pengikut-pengikut setia di Sabah dan Sarawak ini lama kelamaan akan termakan juga dengan pujuk rayu Pembangkang............................................ Tahniah kepada BN yang diterajui oleh PM-Datuk Seri Najib Tun Razak semoga Datuk dapat merubah BN untuk terus hebat dan dipandang rakyat......

Monday, March 23, 2009

UMNO 2009

UMNO 2009
Pemilihan Pemimpin Tertinggai UMNO 2009 adalah yang terhebat di Zaman ini,kalau kita lihat semanjak zaman permulaan UMNO pada 1946 dan bergerak cemerlang di Zaman Tun Dr.Mahathir tetapi di waktu ini jauh bezanya,bakal Presiden Datuk Najib Tun Razak,terpaksa mengharungi ranjau teramat gawat dalam kepimpinan UMNO,masyarakat akar umbi telah mempersoalkan tentang akauntabiliti Pemimpin yang akan menerajui kepimpinan UMNO,dalam hal ini Datuk Najib telah menjelasakan bahawa beliau akan meletakkan kepada perwakilan untuk mempastikan pemimpin yang terpilih benar-benar boleh membawa kebaikan berpanjangan dalam UMNO,saranan Tun Dr.Mahathir bahawa politik wang perlu diketepikan dan para perwakilan diajak mempelajari perjuangan UMNO pada 1946 adalah satu suara yang amat diambil kira oleh para perwakilan kali ini-mahu atau tidak para perwakilan perlu mengambil tindakan drastik dalam hal ini kerana kalau tidak ada perubahan dalam kepimpinan Tertinggi UMNO kali ni,saya memerhatikan bahawa UMNO akan tinggal nama sebagai Pejuang orang Melayu dan Bumiputera yang akan menjadi bahan Sejarah sahaja,oleh itu saya menyarankan agar selepas tersusunnya kepimipinan yang baru menjelang hujung bulan ini,diharap Datuk Najib akan membuka peluang kepada semua orang-perseorangan yang berminat untuk berjuang dalam UMNO menyertai UMNO semata-mata untuk negara yang tercinta Malaysia ini kekal sampai akhir zaman - kerana selama ini kepada mereka-mereka yang boleh bekerja dan berjuang semata-mata untuk negara dan bangsa diketepikan oleh mereka yang berkepentingan dalam mengerakkan UMNO dan lihatlah akhirnya empat buah negeri jatuh ketangan pembangkang yang telah mengenalpasti kelemahan UMNO tersebut....... diharap Datuk Najib dapat menilai dan memerhatikan hal ini agar empat buah negeri tersebut balik kepangkuan BN ......................

Sunday, February 8, 2009

KEMENANGAN MUDAH DI PERAK
Pada tulisan saya yang lalu tentang Pilihanraya Kecil di Terengganu-nampak benar bahawa setiap kerja yang dibuat dinilai oleh sesiapa sahaja dan Penunjuk aras Perpaduan telah nampak dengan jelas walaupun pembangkang menang- tetapi kali ini berlainan halnya di Perak-BN menang mudah secara percuma dari keberanian tiga calon dari Pembangkang ingin berkongsi idea dan perasaan untuk melihat rakyat harmoni dan aman dalam sebuah negeri ditadbir oleh Kerajaan yang sudah biasa mendampingi rakyat .Pada keseluruhnya negara kita masa kini sudah mencapai satu perubahan besar-kita tidak lagi berpegang kepada konsep membabi buta dalam memikirkan soal menentukan nasib rakyat dimana ada harapan disitu kita menabur bakti-kalau lah ini terus diamalkan negara ini- negara kita akan tatap teguh dan kekal hingga ke hari Kiamat nanti-apa tidaknya kita tidak lagi memikirkan kepentingan peribadi pemimpin atau sebaliknya tetapi kita akan melihat senerio perubahan semasa tanpa mengenapikan soal moral,agama dan yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara kita.....fikir..fikir kan demi kita sebagai Bangsa Malaysia Sejati.....

Tuesday, January 27, 2009

GONG XI FA CHAI

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2009

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada masyarakat kaum cina- terutamanya kepada kawan-kawan di Semananjung, Sarawak , Sabah , Singapura , Thailand dan China. Saya harap tahun Lembu pada 2009 ini akan memberi satu harapan yang hebat dalam hubungan masyarakat di negara kita yang hidup harmoni dan saling hormat-menghormati berpanjangan dan ini sekaligus membuka peluang kepada kita untuk terus hidup maju ke arah 2020.

Monday, January 19, 2009

Pilihanraya Terengganu Penunjuk Demokarasi




Pilihanraya kecil di Terengganu-telah menunjukan kebebasan di negara ini,rangkuman cerita kempen telah berakhir-kemenangan calon PAS menjadi penunjuk bahawa konsep negara mengamalkan demokarasi tercapai- siappun menang inilah negara kita-rakyat Malaysia adalah kita - Semananjung,Sabah dan Sarawak adalah tulang belakang negara merdeka bernama Malaysia - siapa yang dapat memikat hati rakyat dengan cara yang terbaik itulah yang akan menjadi idola - sekarang kita bekerja -kepada yang menang buatlah kerja - kepada yang kalah cuba berusaha untuk berkerja lebih kuat lagi - kerana setiap 5 tahun sekali kerja-kerja itu akan dinilai oleh rakyat-percaya atau tidak tindakan rakyat sekarang lebih kepada siap yang mampu memperjuangkan kehendak dan selera rakyat - pusingan hidup di era Global ini tidak lagi terletak kepada jenama yang ditampilkan tetapi bergantung kepada bagaimana jenama itu beroperasi menyenangkan hati penggunanya.........

Thursday, January 8, 2009

GAZA DIGANYANG ZIONIS

Saban hari kita disuapkan dengan keganasan Zionis melalui media - media tempatan mahupun antarabangsa....Persoalannya kini kenapa harus gaza? kemana menghilangnya kuasa - kuasa besar yang selama ini melaungkan keamanan sejagat? Apa yang boleh penduduk dunia lakukan demi menyelamatkan secebis kehidupan yang tertindas di gaza?

Setiap hari ada saja kanak - kanak yang menjadi yatim- piatu kerana kekejaman Zionis, dimana rasa kemanusiaan kita jika kita terus membiarkan keadaan ini terus berlaku?

Kita patut bersyukur dilahirkan dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Tetapi keamanan dan kemakmuran ini akan hancur juga jika kita sebagai warganya tidak menjaga kemerdekaan yang kita warisi ini. Kemerdekaan yang diperolehi dengan susah payah oleh pemimpin yang lalu. Dan untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan kita cuma ada satu fomular iaitu PERPADUAN. Jika Perpaduan terus unggul dikalangan kita maka anasir - anasir luar tidak akan dapat masuk untuk memporak- porandakan negara kita.

Jadi, apakah yang boleh kita lakukan untuk terus kekalkan Perpaduan dikalangan rakyat Malaysia? Jawapanya cuma satu, Sematkanlah semangat cintakan negara dalam hati kita masing - masing agar kita terus kecapi keamanan dalam kehidupan kita.


Dato Ginda.