Tuesday, January 27, 2009

GONG XI FA CHAI

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2009

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada masyarakat kaum cina- terutamanya kepada kawan-kawan di Semananjung, Sarawak , Sabah , Singapura , Thailand dan China. Saya harap tahun Lembu pada 2009 ini akan memberi satu harapan yang hebat dalam hubungan masyarakat di negara kita yang hidup harmoni dan saling hormat-menghormati berpanjangan dan ini sekaligus membuka peluang kepada kita untuk terus hidup maju ke arah 2020.

Monday, January 19, 2009

Pilihanraya Terengganu Penunjuk Demokarasi




Pilihanraya kecil di Terengganu-telah menunjukan kebebasan di negara ini,rangkuman cerita kempen telah berakhir-kemenangan calon PAS menjadi penunjuk bahawa konsep negara mengamalkan demokarasi tercapai- siappun menang inilah negara kita-rakyat Malaysia adalah kita - Semananjung,Sabah dan Sarawak adalah tulang belakang negara merdeka bernama Malaysia - siapa yang dapat memikat hati rakyat dengan cara yang terbaik itulah yang akan menjadi idola - sekarang kita bekerja -kepada yang menang buatlah kerja - kepada yang kalah cuba berusaha untuk berkerja lebih kuat lagi - kerana setiap 5 tahun sekali kerja-kerja itu akan dinilai oleh rakyat-percaya atau tidak tindakan rakyat sekarang lebih kepada siap yang mampu memperjuangkan kehendak dan selera rakyat - pusingan hidup di era Global ini tidak lagi terletak kepada jenama yang ditampilkan tetapi bergantung kepada bagaimana jenama itu beroperasi menyenangkan hati penggunanya.........

Thursday, January 8, 2009

GAZA DIGANYANG ZIONIS

Saban hari kita disuapkan dengan keganasan Zionis melalui media - media tempatan mahupun antarabangsa....Persoalannya kini kenapa harus gaza? kemana menghilangnya kuasa - kuasa besar yang selama ini melaungkan keamanan sejagat? Apa yang boleh penduduk dunia lakukan demi menyelamatkan secebis kehidupan yang tertindas di gaza?

Setiap hari ada saja kanak - kanak yang menjadi yatim- piatu kerana kekejaman Zionis, dimana rasa kemanusiaan kita jika kita terus membiarkan keadaan ini terus berlaku?

Kita patut bersyukur dilahirkan dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Tetapi keamanan dan kemakmuran ini akan hancur juga jika kita sebagai warganya tidak menjaga kemerdekaan yang kita warisi ini. Kemerdekaan yang diperolehi dengan susah payah oleh pemimpin yang lalu. Dan untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan kita cuma ada satu fomular iaitu PERPADUAN. Jika Perpaduan terus unggul dikalangan kita maka anasir - anasir luar tidak akan dapat masuk untuk memporak- porandakan negara kita.

Jadi, apakah yang boleh kita lakukan untuk terus kekalkan Perpaduan dikalangan rakyat Malaysia? Jawapanya cuma satu, Sematkanlah semangat cintakan negara dalam hati kita masing - masing agar kita terus kecapi keamanan dalam kehidupan kita.


Dato Ginda.