Setiap hari ada saja kanak - kanak yang menjadi yatim- piatu kerana kekejaman Zionis, dimana rasa kemanusiaan kita jika kita terus membiarkan keadaan ini terus berlaku?
Kita patut bersyukur dilahirkan dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Tetapi keamanan dan kemakmuran ini akan hancur juga jika kita sebagai warganya tidak menjaga kemerdekaan yang kita warisi ini. Kemerdekaan yang diperolehi dengan susah payah oleh pemimpin yang lalu. Dan untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan kita cuma ada satu fomular iaitu PERPADUAN. Jika Perpaduan terus unggul dikalangan kita maka anasir - anasir luar tidak akan dapat masuk untuk memporak- porandakan negara kita.
Jadi, apakah yang boleh kita lakukan untuk terus kekalkan Perpaduan dikalangan rakyat Malaysia? Jawapanya cuma satu, Sematkanlah semangat cintakan negara dalam hati kita masing - masing agar kita terus kecapi keamanan dalam kehidupan kita.
Dato Ginda.