Baru-baru ini tersebar luas tentang kemungkinan wujudnya Kerajaan Perpaduan di Malaysia (Negara kita yang tercinta ini ) pada pandangan saya,memang tepat pada masa ini diwujudkan Kerajaan Perpaduan ini,kalau kita tengok pada jangka masa panjang ianya memberi kebaikan kepada Rakyat keseluruhannya,cadangan Presiden PAS-Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pandangan seorang yang warak dan sudah masak dengan sepak terajang dalam Politik,sebagai orang muda saya amat tertarik dan percaya ramai diluar sanapun teruja dengan pandangan seorang tokoh Politik Veteren ini,apa tidaknya contohnya Barisan Nasional dengan Komponennya dan Parti-parti seperti PAS,Keadilan dan DAP bergabung mentadbir negara ini,melalui Kerajaan Perpaduan,tiada siapa yang rugi atau terlebih untung,hanya semua Rakyat di negara ini merasai kenikmatan dan kemakmuran dari idea ini,saya memberi pandangan sekiranya perkara ini akan tercapai atas keredaan Allah semata-mata,saya dapat memikirkan bahawa isu-isu seperti perebutan dalam kepimpinan di kawasan seperti ADUN dan Parlimen tidak wujud lagi,bayangkan pada masa itu siapa yang mahu menjadi YB adalah dipilih secara telus iaitu dimana pencalonan dibuat melalui perlawanan antara ahli-ahlinya Parti itu sahaja dimana tidak melibatkan Parti lawan,waktu itu rakyat membetulkan kepimpinan melalui undian sahaja,disamping itu seseorang YB juga akan diberi tempoh hanya 2 Penggal untuk menjadi YB,ini akan memberi peluang luas kepada ramai Pemimpin yang berpotensi,secara tidak langsung akan membawa kebaikan kepada negara ini,akhirnya perkara-perkara seperti rasuah,salahguna kuasa,ketidakseimbangan Pentadbiran akan terus terhakis dari negara ini dan ini akan memberi peluang negara kita terus unggul wujud dengan konsep Kerajaan Perpaduan yang "Hebat,Unggul dan Terbilang" sesuai dengan gagasan 1 Malaysia.
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)