Thursday, January 8, 2009

GAZA DIGANYANG ZIONIS

Saban hari kita disuapkan dengan keganasan Zionis melalui media - media tempatan mahupun antarabangsa....Persoalannya kini kenapa harus gaza? kemana menghilangnya kuasa - kuasa besar yang selama ini melaungkan keamanan sejagat? Apa yang boleh penduduk dunia lakukan demi menyelamatkan secebis kehidupan yang tertindas di gaza?

Setiap hari ada saja kanak - kanak yang menjadi yatim- piatu kerana kekejaman Zionis, dimana rasa kemanusiaan kita jika kita terus membiarkan keadaan ini terus berlaku?

Kita patut bersyukur dilahirkan dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Tetapi keamanan dan kemakmuran ini akan hancur juga jika kita sebagai warganya tidak menjaga kemerdekaan yang kita warisi ini. Kemerdekaan yang diperolehi dengan susah payah oleh pemimpin yang lalu. Dan untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan kita cuma ada satu fomular iaitu PERPADUAN. Jika Perpaduan terus unggul dikalangan kita maka anasir - anasir luar tidak akan dapat masuk untuk memporak- porandakan negara kita.

Jadi, apakah yang boleh kita lakukan untuk terus kekalkan Perpaduan dikalangan rakyat Malaysia? Jawapanya cuma satu, Sematkanlah semangat cintakan negara dalam hati kita masing - masing agar kita terus kecapi keamanan dalam kehidupan kita.


Dato Ginda.

Thursday, December 25, 2008

Selamat Datang ke Laman Blog Dato Ginda

Semua kawan-kawan yang dikasihi saya membuka peluang kepada anda untuk berbincang dalam pelbagai hal terutamanya hal Perpaduan - Apa pendapat dan pandangan anda terhadap Perpaduan di Negara Malaysia? Apakah anda bersetuju bahawa Perpaduan makin rapuh dikalangan kita kerana hadirnya anasir-anasir jahat mula memasuki ruang kehidupan masyarakat kita yang penuh keunikan? Atau apakah anda bersetuju bahawa perkembangan dan kepantasan hidup di Zaman ini telah membuka ruang bahawa Perpaduan tidak lagi sesuai? atau adakah kita berada di akhir Zaman dimana kita tak perlu Perpaduan kerana Allah sahaja tempat kita berlindung dan kita hanya hidup semata-mata kerana ada yang maha Kuasa....... fikir-fikirkan ...........